Mayat
Seorang pegawai polis masuk ke
bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki
sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada
penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya… tangannya pon sedang menunjukkan tanda “peace”…
Nenek Tua
Seorang nenek berusia 65 tahun
melahirkan seorang anak. Rakan-rakannya datang berkunjung untuk
menjenguknya. Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut, nenek itu
berkata “Nanti dulu”. Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin
melihat bayi itu lagi. Tetapi nenek itu tetap berkata “Nanti dulu”.
Akhirnya mereka bertanya : “Bila kami boleh melihat bayi engkau..?”
“Bila dia menangis”. “Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?”
“Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi..”
Panadol
Asari melihat rakannya, Ajoi
sedang membuat kopi. Kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke
dalamnya. Dengan kehairanan Asari bertanya kepada Ajoi…
Asari: “Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu?”
Ajoi : “Kopi ni panas… bagi panadol kurang sikit panas dia…”
Seorang Pemburu Dengan Seekor Singa
Seorang
pemburu bertembung dengan seekor singa. Terrperanjat, dia tak sempat
mengangkat senapangnya. Tiada pilihan, pemburu itu bertadah tangan dan
berdoa. Ketika pemburu itu menjeling ke arah singa, dia ternampak bahawa
singa itu juga sedang berdoa.
Pemburu: “Ah leganya… singa baik rupanya. Lepaskanlah aku.”
Singa : “Ya… singa yang baik selalu baca doa sebelum makan, amiiinn…”
Cermin Mata
Seorang lelaki pergi ke
klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: ” Doktor, selepas
pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?” “Dah
tentu”, jawab doktor. “Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf,
akhirnya boleh juga saya membaca,” kata lelaki itu dengan riang.
B.I
Ayah : Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer…! Apasal hah?
Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat
bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adik jer, bintang dah
abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.
Malas Ke Sekolah
Jam sudah pun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.
Ibu : Salim…Salim…bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.
Azman: Alah mak… Salim tidak mahu pergi ke sekolah!
Ibu : Apa? Tidak mahu pergi sekolah?! Baik… Salim berikan emak dua sebab mengapa Salim tidak mahu ke sekolah.
Azman: Semua murid-murid tak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tak suka pada Salim!
Ibu : Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!”
Azman: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah.
Ibu :
Eh…eh…bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik…. Pertama: Salim sudah
berusia lima puluh tahun….. Kedua: Salim kan PENGETUA SEKOLAH….!!!”
0 comments:
Post a Comment